Jumat, 19 Desember 2008

Perasaan Wanita Terhadap Lelaki


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak meneteskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sulit ingin cari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi(sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan senatiasa ada di pikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang suka dengan pujian tetapi selalu tidak tahu bagai mana ingin menerima pujian itu.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka dengan kamu separuh hati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkata kasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia sudah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mulai menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Musik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh menit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cobalah mulaikan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis,cobalah rajin-rajinlan tangan menyimak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita inginkan sorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Think about it!

BACA ARTIKEL JUGA DIBAWAH INI



Tidak ada komentar:

Posting Komentar