Dia mengabaikan segala kenikmatan semua yang dapat menghalanginya dari redha Allah swt, iaitu mentaati suami. Dia sedar bahawa ketaatannya adalah kerana untuk menundukkannya dan sekali-kali tidak akan membuatnya marah, seperti apapun keadaannya. Dari Abu huurairah r.a berkata... :Rasulullah saw bersabda jika seorang laki-laki mengajak isterinya ketempat tidurnya, lalu dia tidak mau mendatanginya, lalu suami menjadi marah kepadanya maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi hari. Dalam menghadapi kehidupan suami isteri, isteri selalu siap menanggung beban rumahtangga dan tidak perlu lagi untuk diingatkan akan tugas yang mesti dilakukannya. Dia tahu peranan dan misinua di tengah keluarga.
Dia memandang konsisten, bagaimana tidak, sedang melakukan kewajiban dengan mentaati suami, lebih kuat daripada melaksanakan amal yang hukumnya sunnah. sebagaimana hadis dari Abu Hurairah... "Tidak dihalalkan bagi wanita untuk berpuasa, sedang suaminya ada disisinya kecuali dengan izinnya dan dia tidak izinkan memasukkan (laki-laki lain) kedalam rumahnya kecuali dengan izinnya, dan apa yang dia keluarkan dari suatu nafkah tanpa perintahnya, maka setengah pahalanya kembali kepada suaminya" Didalam hadis ini terkandung pengertian bahawa hak suami adalah lebih kuat daripada ibadah isteri yang hukumnya sunnah, sebab hak suami adalah wajib, sedangkan pelaksanaan yang wajib harus didahulukan daripada hak isteri. Sesiapa wanita yang tidak mentaati suaminya, maka dia akan menderita, dengan itu para isteri harus mentaati para suami dalam perkara-perkara yang diperbolehkan dalam syariat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar